Semak Harga
Pelan Takaful Pilihan Anda Sekarang!
Medical Card • Hibah • Critical Illness • Keyman Policy
- Konsultasi percuma
- Tiada komitmen
- Maklumat dirahsiakan
Lindungi Simpanan
Dari Kos Rawatan Hospital
Kos rawatan hospital semakin meningkat saban tahun. Dengan Medical Card, simpanan anda dapat dilindung daripada bil hospital yang tinggi.
Rawatan Cepat Tanpa Tunggu Lama
Dapatkan rawatan di hospital swasta terpilih dengan tempoh menunggu lebih singkat.
Hospital Panel Di Seluruh Negara
Akses ke lebih 110 rangkaian hospital panel di seluruh Malaysia dengan pelbagai doktor pakar.
Masuk Hospital Tanpa Deposit Besar
Dengan fasiliti cashless, anda boleh fokus hanya pada rawatan dan recovery.
Elak Bayar Bil Hospital Sendiri
Kos rawatan ditanggung mengikut manfaat pelan, supaya anda dan juga keluarga tidak terbeban.
Kos Rawatan Makin Meningkat
Kos rawatan penyakit kritikal boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Tanpa perlindungan yang cukup, simpanan anda boleh habis dalam masa singkat.
Kanser
Kos rawatan kanser boleh mencecah ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis rawatan.
Jantung
Rawatan dan pembedahan jantung boleh memberi beban kewangan yang sangat besar.
Dialisis
Pesakit buah pinggang memerlukan rawatan berterusan yang menelan kos tinggi setiap tahun.
Tanpa Medical Card, kos rawatan hospital perlu dibayar menggunakan simpanan sendiri. Jangan biarkan simpanan bertahun habis disebabkan satu rawatan di hospital.
Kehidupan Selepas Kematian
Cuba renung sejenak - jika kita tiada esok, berapa lama keluarga boleh bertahan dengan simpanan hari ini? Hibah Takaful menyediakan pampasan tunai segera supaya waris dapat teruskan hidup walau kita sudah tiada.
Perlindungan Untuk Keluarga
Pasangan dan anak-anak mempunyai sokongan kewangan apabila anda tiada.
Penerima Hibah Yang Jelas
Manfaat dihibahkan kepada penerima yang dinamakan mengikut terma yang ditetapkan.
Melindungi Aset & Komitmen
Keluarga dapat teruskan bayaran komitmen bulanan dan perbelanjaan harian.
Tidak Melalui Proses Faraid
Pampasan hibah diberikan terus kepada penerima hibah, tanpa perlu melalui proses faraid.
Waris Derita Sebab
Harta Kena Beku
Di Malaysia, dianggarkan sekitar RM70 bilion harta pusaka masih belum dituntut. Rumah ada. Tanah ada. Simpanan ada. Tapi semuanya dibekukan sebab proses pembahagian harta belum selesai. Kenapa jadi macam ni?
Proses Ambil Masa Bertahun
Walaupun waris sudah dikenal pasti, tuntutan pusaka boleh ambil masa berbulan malah bertahun jika tidak dirancang awal.
Dokumen Tidak Lengkap
Ramai keluarga tak tahu lokasi dokumen penting seperti geran rumah atau maklumat aset, sehingga melambatkan tuntutan.
Waris Tiada Kata Sepakat
Perbezaan pendapat antara waris boleh menangguhkan pembahagian harta dan merenggangkan hubungan keluarga.
Hibah bukan bertujuan mengelak faraid, tetapi untuk penyediaan tunai segera pada keluarga untuk meneruskan kehidupan sementara urusan pusaka diselesaikan.
Nota: Anggaran statistik harta beku berdasarkan laporan media untuk kesedaran sahaja.
Assalamualaikum & Hai.
Saya merupakan Ejen Takaful sepenuh masa dengan lebih tahun pengalaman dan + pelanggan di bawah jagaan saya.
Saya percaya setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Sebab itu setiap cadangan adalah berdasarkan situasi sebenar anda - sama ada Medical Card, Hibah, Sakit Kritikal, Keyman Policy atau pelaburan.
- Konsultasi percuma tanpa sebarang caj & komitmen
- Cadangan pelan berdasarkan keperluan sebenar
- Bantuan permohonan hingga polisi diluluskan
- Servis berterusan termasuk urusan claim & review polisi
Lindung Hari Ini, Untuk
Esok Yang Lebih Tenang.
Ambil langkah pertama untuk memahami pilihan perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga. Mulakan dengan konsultasi dan quotation tanpa komitmen.
Sebelum Kita Mula, Ada Nak Tanya Ke?
Antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan sebelum bermula.
Saya masih muda. Perlu ke ambil Medical Card sekarang?
Ya. Semakin muda dan sihat, peluang untuk mendapat perlindungan lebih baik. Caruman juga biasanya lebih rendah berbanding selepas umur meningkat atau ada masalah kesihatan.
Saya sudah ada Medical Card syarikat. Perlu ambil lagi?
Medical Card syarikat biasanya hanya aktif sepanjang anda bekerja. Apabila berhenti, bersara atau bertukar majikan, perlindungan tersebut mungkin tamat. Pelan peribadi adalah perlindungan milik anda sendiri.
Berapa bajet minimum untuk memiliki Medical Card?
Bergantung kepada umur, jantina, status merokok, kesihatan dan jenis pelan. Saya akan bantu cadangkan pelan yang sesuai mengikut bajet anda.
Saya ada penyakit sedia ada. Masih boleh memohon?
Bergantung kepada keadaan kesihatan dan penilaian underwriter. Saya boleh bantu buat semakan awal sebelum permohonan dihantar.
Berapa lama proses permohonan?
Kebiasaannya beberapa hari bekerja hingga beberapa minggu, bergantung kepada keperluan dokumen tambahan atau pemeriksaan kesihatan.
Bukti Sebenar, Bukan Sekadar Janji
Tuntutan claim pelanggan yang telah berjaya diuruskan serta aktiviti saya sepanjang menjadi perunding takaful.
Dipaparkan dengan izin pelanggan. Maklumat peribadi telah disembunyikan. Klik gambar untuk paparan penuh.
Semak Pelan Yang Sesuai
Isi borang ringkas di bawah untuk dapatkan pelan yang sesuai dengan keperluan anda.